PKG Ranau, Sabah

"LAMAN RASMI PKG RANAU, SABAH"

Perhimpunan Ulung Pejabat Pelajaran Daerah Ranau 2010

PPD Ranau April 10, 2010

Pejabat Pelajaran Daerah Ranau telah mengadakan Perhimpuanan Bulanan pada 5 April 2010, bertempat di ruang terbuka di hadapan bangunan tersebut bermula pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi. Semua kakitangan Pejabat Pelajaran dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau telah terlibat dalam perhimpunan bulanan ini. Pegawai Pelajaran Daerah Ranau, Drs. Rusining Rusidi telah menyampaikan amanat penting dalam perhimpunan ini. Antara lain beliau mengingatkan semua kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah agar sentiasa meningkatkan kecemerlangan dalam tugas masing-masing bagi mencapai misi dan visi jabatan dan PPD Ranau. Beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai kerana telah menunjukkan komitmen serta kerjasama yang tinggi semasa menjalankan tugas masing-masing. Selepas majlis perhimpunan bulanan ini, semua ketua unit telah mengadakan mesyuarat dan bengkel pengurusan kualiti ISO 9001.

 

 DSC_0057 DSC_0065 DSC_0079DSC_0091 DSC_0068 DSC_0087 DSC_0089 DSC_0094