PKG Ranau, Sabah

"LAMAN RASMI PKG RANAU, SABAH"

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Untuk makluman kini pendaftaran secara atas talian telah dibukakan pada 23 September 2013 sehinnga 25 Oktober 2013.

Tahun ini Scholastic hanya membuka kepada 2500 PENYERTAAN sahaja.

Sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai program ini boleh mengisi borang pada pautan dibawah;

BORANG KEMPEN READ

 





Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.